Friday, November 14, 2008

Yes!!! SKPK mendapat 10 orang 5A UPSR 2008

SKPK sekali lagi telah mencatat kejayaan yang membanggakan dengan 10 orang daripada calon UPSR 2008 telah mendapat 5A. Tahniah kepada Fatimatuzahara Hj Mazri,Wan Nor Syhahirah W Mazlan, Nor Hafizha Muda, Nor Afiqah Azman, Nor Syuhada Razali, Nor Fazlina, Nor Syahirah Mohd Yahsin,Siti Atiqah Wahab, Izuddin Abu Bakar dan Wan Abdul Muiz... Tahniah juga kepada semua guru SKPK terutamanya guru Tahun 6 iaitu En.Arif (BI), En Juhari (BI), Pn.Faridah (MT), Tn Mustafa (MT), Pn Norizani (SN), En.Ismail (SN), Pn.W Salawati(BM) dan Pn Nor Azimah (BM)... Setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru Sains dan Math yang telah membuktikan bahawa P & P dalam Bahasa Inggeris bukanlah suatu yang mustahil. Tahniah SKPK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 12, 2008

13.11.2008 UPSR 2008 Diumumkan

Semoga SKPK akan beroleh kejayaan yang membanggakan dalam UPSR 2008 . InsyaAllah

Sunday, July 27, 2008

THE BEAUTY OF MATHS :-)

THE INFORMATIONS TO BE SHARED:

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

Sunday, April 20, 2008

Aiiik!!! Sungguh Ku Tak Perasaan

Man!
Mung tukor sekolah aner??? Aku dok perasan pulork...... Sepatah mung dok khabor ke aku.....
Mitak maaflah aku lama doh dok buka blog ning...... Aku sibuk sangat, tambah pulork bila nak masuk asik kena block je......
Lening agak bereh doh ning aku terbaca ada terbaca luahan hati mung. Kalu blogger baru skpk terbaca sila sampaikan pada ust man dan kalu ust man sendiri terbaca mesej ning tolong respon dalam blog aku atau pun tepon aku.
Aku pun tukor doh jugok. Takdok orang nok cara blog sk batangan rasanya..... Orang dok tanya dan aku pulork lupa nok khabo..... Ada apa2 info sila contact aku......

Thursday, April 17, 2008

Hanya suatu nasihat........

Kadang-kadang kita terlupa bahawa bukan semua yang cantik itu baik.... Bukan semua yang laju itu selamat..... Bukan semua yang cepat itu bagus ...... Bukan semua yang pantas itu memudahkan.... Tak semua yang kita fikir baik, baik juga di fikiran orang, ..... Sesekali pandanglah ke belakang.... Lihat sama ada semua orang ada di belakang kita atau tak seorang pun ikut kita ...... Agar kita tidak hanya seronok sendiri... Jangan sampai orang istilahkan kita syok sendiri....... Terkadang ada baiknya kita biarkan bas yang besar itu jalan dahulu walaupun kereta kita lebih laju pecutnya....... Jangan sampai orang kata kita seperti arnab dengan kura-kura... Ada otak ? Fikirlah sendiri....

Pesanan untuk penyelaras ICT baru

Na, saya tinggalkan pada Na blog sekolah ni... Penat saya buat dulu agar SKPK tidak dipandang lekeh oleh orang lain... Ikhlas saya buat demi nama baik SKPK... Namun amat menyedihkan saya... tak seorang pun cikgu sekolah kita menyumbangkan idea ke dalam blog ini... Malah saya kira tak pernahpun jenguk.... padahal setiap kali saya buat kulit buku untuk sekolah... Saya tak lupa meletakkan alamat blog ini.... Tapi tak apelah.... Saya pun dah tak de lagi.... Pada Na, saya serahkan blog ini untuk dikelola sebaiknya.... Terimalah ye... Selamat tinggal.... Jaga makmal ICT baik-baik....

Wednesday, April 16, 2008

Selamat Tinggal SK Pulau Kerengga

Assalamualaikum wrm.wbrkt..
Berat sungguh hati ini menerima arahan pertukaran ini.... Terasa hidup ini begitu sebati dengan sekolah ini.... Sungguh!!!! Aku amat sayangkan sekolah ini....Aku sayangkan makmal komputer ini.... Aku sayangkan tugas-tugasku di sini.... Penyelaras ICT.... SU jadual Waktu... SU Kurikulum.... SU Peperiksaan... Pengalaman itu sangat berharga... Di sini ku peroleh kemurahan rezekiMU Allah... Di sini rezeki Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ku peroleh... Di sini aku diizinkan lulus PTK Aras IV sebanyak 2 kali ketika DGA29 dan DGa32.... Alhamdullilah syukur Ya Allah.... Kau tambah lagi rezekiku dengan menaikkan pangkat secara Time-based ke DGA32 pula Ya Allah... Murahnya rezekiMU kepadaku Ya Allah.... Aku berterima kasih kepadaMU ya Allah.... Ya Allah...Di sini kau pertemukan aku dengan ibu yang baik... Mama... ' anakmu ini tidak suka meninggalkanmu, mama.... tapi mama pernah berkata...pergilah Man... nanti kalau ditolak, apa pula kata orang....' maka izinkanlah aku pergi, mama.... Sahabat-sahabatku... kak mah... Terima kasih kerana sudi menjadi kakak yang selalu mendengar celotehku... Zana.. Terima kasih kerana sudi menerima tugas-tugas yang kutinggalkan... Jaga mama baik-baik ya na... Noni... Terimakasih kerana dalam keseriusanmu, selalu ringan tulang membantu ku... kesungguhanmu untuk membantu anakku Aimi dulu, sungguh ku terharu..... Sala..Terima kasih kerana sudi berbalah denganku.... K Wan... terima kasih dan maaf banyak-banyak kerana telah banyak menyusahkan k wan dengan anakku si Aimi tu... Mie kerani... Mung tahu mie... Mungla kerani terbaik yang pernah aku jumpa.... K dah , yani, azliza, majdiah,norhilal, mazlina, som, da,jiha... Maafkan saya etek ye... Sesungguhnya SKPK takkan ku terlupakan............. Selamat tinggal semua..........